Terima kasih kerana melayari laman web kami. Sekiranya anda memerlukan sebarang panduan berkaitan, sila rujuk jawapan di halaman ini.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Sekiranya anda memerlukan sebarang panduan berkaitan, sila rujuk jawapan di halaman ini.

1. Apakah Konsep binaan Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT.

Rumah-rumah Bercampur (Komersial) yang di bina oleh KOPERAT adalah berkonsepkan design terkini bagi memenuhi keperluan terhadap masyarakat setempat tidak kira golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

 

Rumah-rumah Mampu Milik yang di bina oleh KOPERAT adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah RM80,000.00 – RM185,000.00.
2. Bagaimana untuk memiliki atau membeli Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dimajukan oleh KOPERAT.
RB/KOMERSIAL
Rumah-rumah Bercampur (Komersial); lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai adalah terbuka kepada semua dan boleh dibeli terus melalui pejabat KOPERAT.
_
 
 
RTKR/RPMM/RKR/RMM/RMR/RR/RM 
Bagi mana-mana pembelian Rumah Mampu Milik tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri Terengganu.
 
Untuk memiliki atau membeli Rumah Kos Rendah / Mampu Milik, pembeli haruslah berdaftar dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Tingkat Bawah No. 28, Pusat Niaga Paya Keladi, 20000 Kuala Terengganu. Tel : 09-626 7999 / 631 7999) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

_

 
Berdaftar dengan sistem ePerumahan  Sistem Pendaftaran Terbuka Perumahan Terengganu (SPT)
Urusan pemanggilan temuduga kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan.
_
 
Surat Tawaran dan pembahagian kunci rumah akan diserahkan oleh KOPERAT kepada pemohon yang berjaya setelah urusan pembiayaan selesai.
3. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Bercampur yang dibangunkan oleh KOPERAT.
RB/KOMERSIAL
KOPERAT tidak mensyaratkan pembelian bagi Rumah Bercampur(Komersial) tertakluk kepada pembiayaan Institusi Kewangan tempatan. KOPERAT juga menggalakkan pembeli mendapatkan ‘End Financing’ dari Institusi-institusi Kewangan secara Islam.
_
 
Rumah-rumah Bercampur (Komersial); lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai adalah terbuka kepada semua dan boleh dibeli terus melalui pejabat KOPERAT.
4. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT.
RTKR/RPMM/RKR/RMM/RMR/RR/RM
_
Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Kos Rendah / Mampu Milik yang dimajukan oleh KOPERAT adalah tertakluk kepada SUK Negeri Terengganu. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.

KOPERAT menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah / Mampu Milik iaitu:

_

RMM Jenis A [ Harga dari RM80,000 ]

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam Negeri Terengganu.
  2. 21 tahun ke atas. Bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung.
  3. Berkahwin [ 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.00 ].
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut :
    i) Pendapatan minimum RM 1,500.00 hingga pendapatan maksimum RM 4,000.00 bagi perumahan awam dan
    ii) Pendapatan minimum RM 2,000.00 hingga pendapatan maksimum RM 4,500.00 bagi perumahan swasta.
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  8. Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.00 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM/RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

_

RMM Jenis B [ Harga dari RM185,000 ]

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam Negeri Terengganu.
  2. 21 tahun ke atas.
  3. Berkahwin [ 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.00 ].
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000.00 sebulan.
  7. Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.00 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM/RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

 

5. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran dan permohonan pinjaman daripada Institusi Kewangan bagi pembelian Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT.
Tertakluk kepada kehendak Institusi Kewangan semasa, KOPERAT menghendaki pembeli baru sertakan bersama dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
 
Sila bawa bersama dokumen asal dengan 2 salinan potostat :
_
  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Slip Gaji 6 bulan terkini ( pinjaman Bank / Kerajaan ).
  3. Surat Pengesahan Jawatan ( pinjaman Bank )
  4. Surat Pengesahan Perkhidmatan ( pinjaman Kerajaan ).
  5. Surat Pengesahan Lantikan ( pinjaman Kerajaan ).
  6. Surat Iringan – mengikut format ( pinjaman Kerajaan ).
  7. Borang EA/Cukai Pendapatan LHDN beserta resit bayaran ( pinjaman Bank / Berniaga ).
  8. Salinan Penyata Akaun Bank 6 bulan terkini ( pinjaman Bank / Kerajaan / Berniaga ).
  9. Pendaftaran Perniagaan ( pinjaman Bank / Berniaga ).
  10. Penyata Bank Syarikat 6 bulan terkini ( pinjaman Bank / Berniaga ).
  11. Penyata KWSP terkini ( pinjaman Bank ).
  12. Lain-lain dokumen, jika berkaitan.
 
 
**PENTING : Bagi permohonan Pinjaman Kerajaan, setiap dokumen hendaklah dicop pengesahan daripada Ketua Jabatan.