KONSEP PEMBANGUNAN

Teknologi baru yang boleh mengurangkan kos pembinaan

terutamanya kos pembangunan

KONSEP PEMBANGUNAN.

  • Konsep pembangunan perumahan oleh KOPERAT adalah mengikut konsep Co-Developer, ‘Design and Built’ dan Pemberian Kontrak. 
  • KOPERAT mengambil pendekatan dengan memajukan  tanah kerajaan secara bercampur iaitu pembangunan projek rumah mampu milik dan selebihnya adalah rumah komersial mengikut permintaan pasaran, kedudukan dan keluasan tanah sebagaimana Dasar Baharu Perumahan Negeri Terengganu. Di samping itu juga, KOPERAT memajukan tanah persendirian dan penjualan tanah individu bergantung kepada permintaan semasa.
  • Perumahan yang dibangunkan oleh KOPERAT adalah berdasarkan pelan bangunan piawai (Standard) sesuai dengan kehendak pasaran dan menggunakan teknologi baru serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal bagi kelulusan dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan ( CCC ).
  • Lain-lain rekabentuk adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.

KONSEP PERLAKSANAAN DAN PEMBIAYAAN.

  • Konsep perlaksanaan rumah KOPERAT adalah mengikut syarat-syarat yang termaktub dalam Perjanjian Jual dan Beli (Tanah dan Bangunan) sebagaimana peraturan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ( KPKT ).
  • KOPERAT akan menjual rumah-rumah / hartanah tersebut kepada mereka yang layak untuk mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan, Bank dan Secara Tunai.
  • Pembelian Rumah / hartanah projek KOPERAT adalah digalakkan mendapat Pinjaman Bank bagi mendapat ‘End Financing’ dari Institusi-institusi Kewangan secara Islam.

Projek yang berjaya disiapkan

LIHAT PROJEK SIAP