|
|
|
MENGENALI PROJEK PERUMAHAN KOPERAT |
|
1. Apakah Konsep binaan Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT. |
|
Rumah-rumah Bercampur (Komersial) yang di bina oleh KOPERAT adalah berkonsepkan design terkini bagi memenuhi keperluan terhadap masyarakat setempat tidak kira golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.
Rumah-rumah Mampu Milik yang di bina oleh KOPERAT adalah rumah kediaman tiga bilik
tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga
dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah
RM30,000.00 - RM68,000.00. |
| >> Ke Atas | |
|
2. Bagaimana untuk memiliki atau membeli Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dimajukan oleh KOPERAT. |
|
RB/KOMERSIAL
Rumah-rumah Bercampur (Komersial); lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai adalah terbuka kepada
semua dan boleh dibeli terus melalui pejabat KOPERAT.
RTKR/RPMM/RKR/RMM/RMR/RR/RM
Bagi mana-mana pembelian Rumah Mampu Milik tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri Terengganu.
Borang yang lengkap akan didaftarkan ke dalam Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT).
Urusan pemanggilan temuduga kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan.
Surat Tawaran dan pembahagian kunci rumah akan diserahkan oleh KOPERAT kepada pemohon yang berjaya setelah urusan pembiayaan selesai. |
| >> Ke Atas | |
|
3. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT. |
|
RB/KOMERSIAL
KOPERAT tidak mensyaratkan pembelian bagi Rumah Bercampur(Komersial) tertakluk kepada pembiayaan Institusi Kewangan tempatan. KOPERAT juga menggalakkan pembeli mendapatkan 'End Financing' dari Institusi-institusi Kewangan secara Islam.
Rumah-rumah Bercampur (Komersial); lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai adalah terbuka kepada
semua dan boleh dibeli terus melalui pejabat KOPERAT.
RTKR/RPMM/RKR/RMM/RMR/RR/RM
Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Kos Rendah / Mampu Milik yang dimajukan oleh KOPERAT adalah tertakluk kepada SUK Negeri
Terengganu. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.
KOPERAT menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan
Negeri dan menggariskan lima (5) syarat penting yang harus dipenuhi oleh
para pembeli Rumah Kos Rendah / Mampu Milik iaitu:
 Warganegara Malaysia ( Keutamaan diberikan kepada anak tempatan ).
 Sudah Berkahwin ( Bagi wanita yang belum berkahwin tetapi telah mencapai umur 30 tahun ke atas layak
memohon ).
 Pemohon atau pasangan belum mempunyai rumah atau *belum pernah mengambil Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan ( *Bagi Kakitangan Kerajaan ).
 Pemohon atau pasangan hendaklah dikategorikan dalam kumpulan 'C' atau *setaraf dengannya
( *Bagi Kakitangan Kerajaan ).
 Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM 2,500.00 sebulan. |
|
| >> Ke Atas | |
|
4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran dan permohonan pinjaman daripada Institusi Kewangan bagi pembelian Rumah Bercampur / Mampu Milik yang dibangunkan oleh KOPERAT. |
|
Tertakluk kepada kehendak Institusi Kewangan semasa, KOPERAT menghendaki pembeli baru sertakan bersama dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
Sila bawa bersama dokumen asal dan sertakan 3 salinan potostat ;
 Salinan Kad Pengenalan.
 Slip Gaji 3 bulan terkini ( pinjaman Bank / Perbendaharaan ).
 Surat Pengesahan Jawatan ( pinjaman Bank )
 Surat Pengesahan Perkhidmatan ( pinjaman Perbendaharaan ).
 Surat Pengesahan Lantikan ( pinjaman Perbendaharaan ).
 Surat Iringan - mengikut format ( pinjaman Perbendaharaan ).
 Borang 'B' Cukai Pendapatan beserta resit bayaran ( pinjaman Bank / Berniaga ).
 Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini ( pinjaman Bank / Perbendaharaan / Berniaga ).
 Pendaftaran Perniagaan ( pinjaman Bank / Berniaga ).
 Penyata Bank Syarikat 6 bulan terkini ( pinjaman Bank / Berniaga ).
 Penyata KWSP terkini ( pinjaman Bank ).
 Lain-lain dokumen, jika berkaitan.
**PENTING : Bagi permohonan Pinjaman Perbendaharaan, setiap dokumen hendaklah dicop pengesahan daripada Ketua Jabatan.
|
| >> Ke Atas |
|
|
MENU
PROFIL
PAUTAN
PENGIKLANAN
TARIKH KEMASKINI
|